Thursday, May 29, 2008

Peragut memperolehi hasil ragut RM 10,000 sebulan ditahan.

Tidak perlu mengerah tenaga bekerja seperti orang lain, seorang pengawal keselamatan menjadi peragut sepenuh masa dan memperolehi hasil ragut RM 10 000 daripada empat hingga lima kali sehari. Bapa kepada dua orang anak ini mempunyai Mercedes E Class dan Proton Perdana V6 tetapi menggunakan motorsikal curi, Honda EX5 semasa melakukan aktiviti ragut.
Betapa mewahnya peragut ini dan bayangkan sudah berapa lama dia menjalankan aktiviti ini sehinggakan mendapat hasil yang lumayan. Apakah pihak berkuasa tidak dapat mengesan langsung aktiviti peragut ini?
Ragut bukanlah perkara baru, malah semakin menjadi-jadi sehinggakan mengancam nyawa masyarakat itu sendiri. Lihat saja kes ragut yang menyebabkan kematian mangsa ragut sendiri.
Di manakah letaknya keselamatan diri jika di mana-mana tempat boleh mengancam nyawa masyarakat...Sedih, takut, bimbang...semua perasaan bercampur baur....
Bagi saya sendiri sebagai perempuan, rasa tidak selamat walaupun di tempat sendiri...Mengapa tergamak peragut-peragut ini mencederakan mangsa hanya untuk mewah dengan cara yang mudah? Apakah peragut ini tidak berhati perut?